Tumpuan :
Nasional

Kanak-kanak lemas di kolam renang

Foto hiasan

SEPANG: Seorang kanak-kanak lelaki lemas ketika mandi bersama keluarga di kolam renang sebuah apartment di Puchong, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pihaknya menerima laporan daripada pihak hospital pada 2.40 petang.

Beliau berkata, mangsa yang berusia tujuh tahun dihantar ke Hospital Sultan Idris Shah, Serdang dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia.

“Sebelum itu, mangsa bersama keluarga yang menetap di Kampung Beserah, Kuantan, Pahang datang bercuti di rumah saudara mereka di apartment berkenaan.

“Pada kira-kira jam 11.30 pagi, mangsa bersama ahli keluarga lain kemudian ke kolam renang untuk mandi.

“Tanpa pengetahuan ahli keluarga, mangsa masuk ke kolam dewasa dan lemas di kolam berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bedah siasah yang dijalankan oleh pihak hospital pada jam 9 pagi semalam mengesahkan kematian mangsa akibat lemas.

Norhizam berkata, kes diklasifikan sebagai mati mengejut (SDR).

Katanya, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini