Tumpuan :
Nasional

Kanak-kanak lelaki cedera, kaki tersepit jeriji penutup longkang

Pasukan bomba mengambil masa sekitar 5 minit sebelum berjaya mengeluarkan kaki mangsa yang tersepit. FOTO Ihsan JBPM

SIBU: Seorang kanak-kanak lelaki cedera selepas kaki kanannya tersangkut lalu tersepit di celah-celah jeriji penutup longkang di sebuah sekolah di Sibu Jaya, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak, berkata, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Jaya bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan berhubung insiden pada jam 1.26 petang.

“Sampai di lokasi pasukan bomba mendapati berlakunya insiden yang mana kaki mangsa yang berusia 8 tahun telah tersepit di celah-celah jeriji penutup longkang,” ujarnya.

Pasukan bomba kemudiannya bertindak mengeluarkan kaki mangsa dengan menggunakan peralatan menyelamat hidrolik bagi meregangkan jeriji besi di antara kaki mangsa.

Tiada kecederaan serius dialami mangsa, namun kanak-kanak itu kelihatan agak lemah akibat menahan kesakitan kaki ekoran insiden yang berlaku.

Loading...
Terkini