KUALA TERENGGANU: Seorang kanak-kanak lelaki ditemukan lemas di Sungai Ibai Kampung Laut, di sini petang tadi.
Mangsa berusia 12 tahun, Tuan Mohd Eyad Tuan Nor Marzuki, dilaporkan mandi di sungai berkenaan bersama rakan-rakanya kira-kira jam 5 petang sebelum dilaporkan lemas.
Usaha mencari dan menyelamat dilakukan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Terengganu, anggota unit Pasukan Penyelamat di Air ( PPDA).
Mayat kemudiannya ditemui kira-kira 10 meter dari lokasi kejadian.
Mayat dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut.