Tumpuan :
Nasional

Kanak-kanak cedera tersepit kaki di eskalator

Oleh: Selwam Arjunan

ALOR SETAR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun cedera selepas kakinya tersepit dalam eskalator di sebuah pusat beli-belah, di sini, malam semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja, Penolong Penguasa Bomba Wan Azizul Hakim Wan Jaafar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.49 malam dan anggotanya tiba di lokasi lima minit kemudian.

“Pemeriksaan mendapati seorang kanak-kanak lelaki dua tahun tersepit di bahagian kaki kanan.

“Anggota bomba segera mengeluarkan mangsa dengan penggunakan peralatan menyelamat.

“Mangsa dapat distabilkan dan diserahkan kepada ibu bapanya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mangsa dibawa ke hospital swasta berhampiran untuk rawatan lanjut.

Operasi tamat pada jam 9.24 malam.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini