Tumpuan :
Nasional

Kanak-kanak cedera parah diserang sekumpulan anjing

Oleh: Selwam Arjunan

LANGKAWI: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun cedera parah selepas diserang sekumpulan anjing di Kampung Dedek, dekat Sungai Menghulu, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, kejadian berlaku sekitar jam 10.30 pagi berhampiran rumah mangsa.

“Mangsa dikelilingi dan diserang sekumpulan anjing, menyebabkan kecederaan parah di kepala serta seluruh badan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pasukan perubatan yang tiba di lokasi memberikan rawatan awal sebelum membawa mangsa ke hospital, dan kini sedang menerima rawatan lanjut.

Pihak hospital dan ibu mangsa telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini