Tumpuan :
Nasional

Kanak-kanak cedera dilanggar lari ketika melintas

Tangkap layar video tular di media sosial

Oleh: Zahir Senapiah

JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak perempuan cedera selepas dilanggar sebuah kereta ketika sedang melintas jalan bersama bapa saudaranya, di jalan susur Larkin Perdana, malam tadi.

Akibat kejadian itu, mangsa yang berumur 6 tahun itu cedera di tulang belikat dan luka di bahagian muka mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk menerima rawatan.

Kereta yang terbabit dalam melanggar kanak-kanak terbabit melarikan diri.

Video kejadian itu tular di platform media sosial.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku jam 8 malam tadi.

Polis kini sedang mencari pemandu kereta terbabit.

Kes disiasat mengikut rule 41 LN166/59 – pejalan kaki cuai melintas jalan.

Polis memohon kerjasama orang ramai yang menyaksikan kejadian itu tampil membantu siasatan di balai polis trafik Johor Bahru Selatan (JBS) atau menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Wan Nuralia Asyikin Wan Ibrahim ditalian 018-9614064.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini