comscore
Tumpuan :
Nasional

Kanak-kanak berusia 22 bulan lemas jatuh sungai

Lokasi mangsa dijumpai

Oleh: Fazli Ahmad

KUALA LIPIS: Seorang kanak-kanak perempuan etnik Orang Asli berusia 22 bulan lemas setelah jatuh ke sungai berhampiran rumahnya di kampung Sungai Simoi, di Pos Lenjang, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Ismail Man berkata, mangsa Carissa Laura Arthini Jasni, dipercayai ke sungai terbabit terletak kira-kira 100 meter dari rumah seorang diri, petang semalam.

Menurutnya, mangsa dijumpai hanyut dan dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh seorang penduduk kampung kebetulan berada di sungai terbabit lebih 30 meter daripada lokasi kanak-kanak terbabit terjatuh kira-kira jam dua petang semalam.

Lokasi mangsa disyaki terjatuh

Katanya, mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Pos Betau untuk mendapat rawatan tetapi disahkan sudah meninggal dunia.

“Ketika kejadian ibu mangsa beranggapan kanak-kanak terbabit ke rumah neneknya terletak kira-kira 30 meter daripada kediaman mereka.” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kuala Lipis untuk proses bedah siasat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini