comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kanak-kanak 7 tahun didakwa jadi mangsa dera ibu kandung & ‘pengkid’

 

 

JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang wanita dan rakannya berperwatakan seperti lelaki (tomboy) kerana disyaki mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun dipercayai anak kepada suspek pertama.

Kejadian yang menimpa kanak-kanak itu terbongkar selepas jiran di kawasan perumahan dipercayai di sekitar Bandar Layangkasa dekat Pasir Gudang di sini, menyerbu rumah diduduki dua beranak itu.

Difahamkan, ibu kanak-kanak berkenaan adalah ibu tunggal berusia 27 tahun, manakala seorang lagi wanita adalah rakannya ‘pengkid’ berusia 30 tahun.

Terdahulu, video menunjukkan insiden orang awam menyerbu rumah berkenaan bagi menyelamatkan mangsa tular di media sosial.

Dalam video berkenaan, turut memaparkan kecederaan yang agak teruk di bahagian belakang badan kanak-kanak berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak mengesahkan pihaknya menerima laporan dibuat orang awam semalam.

“Tangkapan telah dilakukan pada ibu kandung dan teman perempuan (tomboy) dan mangsa telah dihantar ke HSI (Hospital Sultan Ismail) untuk rawatan,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001.

Mohd Sohaimi bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan memaklumkan Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat akan mengeluarkan kenyataan media berhubung kes berkenan.

Loading...
Terkini