comscore
Tumpuan :
Nasional

Kanak-kanak 3 tahun maut dirempuh ketika main skuter

 

JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) ketika bermain skuter di kawasan kediaman di bandar raya ini.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian pada jam 6.30 petang Jumaat lalu dan memaklumkan pihaknya sedang menjalankan siasatan.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat

“Pemandu kenderaan pacuan empat roda yang berusia 32 tahun sedang disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Terdahulu, tular rakaman video berdurasi 21 saat memaparkan kanak-kanak berkenaan yang sedang bermain skuter dilihat berhenti di kawasan persimpangan, sebelum dirempuh sebuah pacuan empat roda berwarna hitam.

Kanak-kanak terbabit dipercayai maut di tempat kejadian, manakala pemandu kenderaan tidak mengalami sebarang kecederaan. – BERNAMA

Loading...
Terkini