comscore
Tumpuan :
Nasional

Kanak-kanak 12 tahun cipta sejarah jadi penuntut termuda Universiti Malaya 

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki, Izz Imil Shahrom berusia 12 tahun menjadi penuntut termuda yang mendaftar masuk di Universiti Malaya (UM), baru-baru ini.

Kanak-kanak terbabit menyambung pengajian bagi Ijazah Sarjana Muda Sains Matematik, Fakulti Sains di universiti berkenaan.

Naib Canselor UM, Prof Datuk Seri Ir Dr Noor Azuan Abu Osman berkata, Izz Imil melalui proses temuduga dengan Jawatankuasa Khas universiti sebelum mendapat kelulusan Senat Universiti bagi menyambung pengajian itu.

“Memandangkan usia Izz Imil yang begitu muda, universiti memohon semua pihak untuk memberikan ruang dan privasi kepada penuntut terbabit melalui proses pembelajaran serta penyesuaian diri di universiti.

“Perkara ini penting bagi membolehkan kanak-kanak itu dapat melalui proses tumbesaran yang kondusif di samping menjalani pengajian dengan baik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, kejayaan Izz Imil mendaftar masuk di UM yang dikongsi seorang pemilik akaun laman sosial Facebook, tular dan menerima pelbagai reaksi orang ramai yang kagum dengan kehebatan kanak-kanak terbabit.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini