comscore
Tumpuan :
Nasional

 ‘Kamu jumpa saya hantar surat mohon batal pemilihan PKR’ – Hamzah ingatkan Saifuddin

SIK: Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin mendakwa Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pernah merayu kepada beliau untuk membatalkan keputusan pemilihan PKR pada 2022 selepas tewas kepada Rafizi Ramli.

Hamzah berkata pemimpin PKR itu ada berjumpa dengannya selepas seminggu kalah dalam saingan merebut jawatan nombor dua parti ketika pemilihan itu.

Ketika itu katanya, beliau menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Dalam Negeri dan Saifuddin menghantar surat untuk memohon supaya keputusan pemilihan PKR dibatalkan.

“Saifuddin Nasution jangan lupa, selepas seminggu kamu kalah, kamu jumpa saya hantar surat tolong batalkan pemilihan PKR.

Surat ada pada saya,” katanya sambil menunjukkan surat berkenaan kepada hadirin pada satu ceramah di sini, malam tadi.

Dalam saingan pemilihan PKR pada 2022, Saifuddin gagal mempertahankan kedudukan sebagai Timbalan Presiden selepas tewas kepada Rafizi.

Sementara itu, dalam perkembangan berasingan Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut menyifatkan penahanan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor pada jam 3 pagi seperti tidak bertamadun, sekali gus bertentangan konsep Malaysia MADANI.

“Tamadun apa pi tangkap 3 pagi, sepatutnya habaq (beritahu), Datuk Seri (Muhammad Sanusi) kami nak jumpa sat saja, saya dulu bekas Menteri Dalam Negeri, saya baik.

Jangan dok main, la ni saya nak kata kerana adik saya (Muhammad Sanusi) ditangkap 3 pagi, lawan tetap lawan, itulah perjuangan kita yang sama, yang adil,” katanya.

Hamzah yang juga Ketua Pembangkang berkata dasar Perikatan Nasional (PN) akan terus memelihara dan mempertahankan institusi diraja.

“Muhammad Sanusi tidak kacau institusi diraja, yang dia kacau cuma Saifuddin, (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli,” katanya.

Loading...
Terkini