comscore
Tumpuan :
Nasional

‘Kami sentiasa ke kubur Allahyarham Muhammad Zaharif Affendi selepas pulang dari mahkamah’- Peguam Pemerhati

Oleh: Fareez Azman

IPOH: “Kami sentiasa akan ziarah kubur Allahyarham bersama keluarga selepas pulang dari mahkamah,” jelas peguam pemerhati, Datuk Wan Azmir Wan Majid dan Datuk Zamri Idrus dalam kes langgar pelajar Allahyarham Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, membabitkan seorang pegawai kanan polis pada Disember lalu.

Jelas mereka, ia sebagai tanda penghormatan kepada Allahyarham dan keluarga dalam menuntut keadilan terhadap mangsa.

Datuk Zamri Idrus, Peguam pemerhati

“Kami sentiasa selepas habis mahkamah akan datang sini (tanah perkuburan) untuk bagitau dan perkembangan kes, tetapi apa yang berlaku terhadap Zaharif tidak sepatutnya berlaku.

“Kami datang sini untuk baca doa supaya kita dapat menuntut keadilan adik Zaharif,” katanya ketika ditemui media di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kepayang Luar di sini, hari ini.

Mengulas mengenai tarikh sebutan semula kes pada 21 Mac yang ditetapkan Mahkamah Majistret Ipoh, jelas Wan Azmir, ia tarikh harapan buat keluarga mangsa.

Datuk Wan Azmir Wan Majid, Peguam pemerhati

“Kami dimaklumkan dokumen penyediaan kes belum lagi sedia, dimaklumkan satu tarikh harapan dokumen tersebut siap pada 21 Mac.

“Pegawai Penyiasat dan Timbalan Pendakwa Raya perlu teliti dahulu dokumen itu, selepas diteliti kemudian sama ada dipakai untuk kes dan tarikh seterusnya akan dihadapkan kepada pihak pembelaan dan peguam pemerhati.

“Kami sebagai peguam pemerhati sedang menunggu dokumen diserahkan kemudian kami akan lihat tindakan sivil bagaimana membantu pihak pendakwaan terhadap OKT,” katanya lagi.

Terdahulu, Zamri dan Wan Azmir hadir bagi mendengar sebutan semula kes di Mahkamah Majistret Ipoh pada Rabu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

 

Loading...
Terkini