comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] ‘Kami jumpa tulang bersepah-sepah’

Mohammad Daniel (baju hitam dan Mohd Syazrul Danish Mohd Anuar menunjukkan lokasi penemuan tulang manusia di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah. – FOTO: NSTP

BATU PAHAT: “Kami terkejut apabila pemandu jengkaut memberitahu ada jumpa tulang di tepi dan belakang rumah sewa terbiar,” kata Mohammad Daniel Saiin, 18.

Dia antara individu yang menunjukkan lokasi penemuan enam ketul tulang ketika kerja pembersihan tapak dijalankan di kawasan rumah terbiar Jalan Besar Tongkang Pechah, kira-kira jam 11.30 pagi, pada 28 Februari lalu.

Rumah sewa terbiar itu adalah lokasi penemuan rangka Bella selepas 36 hari dilaporkan hilang sejak malam 14 Disember lalu.

Ketua Polis Johor ketika itu, Datuk Kamarul Zaman Mamat mengesahkan rangka itu ditemui dalam keadaan tidak sempurna.

Menceritakan lebih lanjut, pekerja kedai ikan itu berkata, dia bersama rakan sekerja ke lokasi sebelum melihat ketulan tulang manusia di tepi dan belakang rumah.

“Pekerja pembersihan belukar itu kemudian mengumpul kesemua enam tulang sebelum memaklumkan pada polis.

“Tulang itu ditemui tidak jauh dari lokasi penemuan rangka wanita (Bella) tempoh hari. Ada kemungkinan ia dimakan haiwan liar sebelum ditinggalkan di situ,” katanya ketika ditemui di lokasi.

Mohammad Daniel berkata, kawasan itu sebelum ini dipenuhi belukar dan terdapat juga haiwan liar seperti biawak.

“Kami lihat sendiri di mana tulang itu ditemui, ada di tepi dan juga belakang rumah.

“Boleh dikatakan bersepah-sepah pada ketika itu. Petang hari itu juga, polis datang untuk menjalankan siasatan.” katanya.

Hari ini, polis mengesahkan menemui enam tulang iaitu betis, paha dan keting oleh orang awam.

Bagaimanapun, polis masih menunggu keputusan laporan analisa dari Jabatan Kimia Johor untuk mengesahkan sama ada ia milik Bella atau Mila Sharmila Samsusah, 32, yang mati dibunuh teman lelakinya, Mohamad Haikal Mahfuz pada Disember lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini