Tumpuan :
Nasional

Kaki masuk lubang tandas, budak 9 tahun tahan sakit satu jam

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki sembilan tahun terpaksa menahan sakit hampir satu jam apabila kaki kirinya termasuk ke dalam lubang tandas.

Kejadian berlaku di sebuah rumah di Jalan Cheras, Batu 12, Sungai Sikamat dekat sini, tengah hari tadi.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang digerakkan ke lokasi sebaik menerima laporan kejadian pada jam 12.23 tengah hari.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata kanak-kanak itu dipercayai tergelincir ketika mahu menggunakan tandas.

“Sebahagian kaki kiri mangsa terperosok dan tersangkut pada lubang tandas.

“Anggota bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan kaki mangsa dan operasi selesai sepenuhnya pada jam 12.50 tengah hari.

Katanya, kanak-kanak terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan akibat kejadian itu.

Loading...
Terkini