comscore
Tumpuan :
Nasional

Kaki kanak-kanak tersangkut dua jam dalam lubang tandas

KOTA BELUD: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun terpaksa menanggung kesakitan hampir dua jam selepas kakinya tersangkut pada mangkuk tandas di Tabika Kemas Kampung Menungu, di sini, pagi tadi.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada jam 10.44 pagi.

Katanya, sepasukan lapan anggota dan pegawai bersama jentera terus dikerah ke lokasi bagi menjalankan operasi membantu mangsa.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati kaki kanan mangsa tersangkut di dalam lubang mangkuk tandas.

“Pasukan Bomba terus bertindak menjalankan kerja-kerja mengeluarkan kaki kanak-kanak terbabit dengan menggunakan peralatan khas ‘Paratech Tool’,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, sebaik kaki kanak-kanak itu berjaya dikeluarkan, mangsa terus diberikan rawatan awal oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Katanya, mangsa yang mengalami kecederaan ringan terus diberikan dibawa ke Hospital Kota Belud dengan menggunakan ambulans.

“Pasukan operasi kemudiannya menjalankan pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 12.52 tengah hari,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini