Tumpuan :
Nasional

Kaki kanak-kanak 11 tahun tertusuk besi rim basikal

Anggota bomba menggunakan peralatan pemotong khas, ‘hydraulic cutter’ bagi mengeluarkan besi rim basikal yang tertusuk pada kaki mangsa. FOTO: JBPM

KOTA BELUD: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun terpaksa menahan kesakitan selepas kaki kirinya tertusuk besi rim basikal di Kampung Siasai Tamu, di sini, petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Syazwan Latun, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu jam 5.23 petang.

Beliau berkata, sejurus tiba di lokasi kejadian didapati kaki kiri kanak-kanak berkenaan tertusuk besi rim basikal.

FOTO: JBPM

“Anggota bomba bertindak membuka rim basikal itu seterusnya membawa mangsa ke Hospital Kota Belud menggunakan ambulans untuk pemeriksaan x-ray dan rawatan lanjut.

“Anggota kita kemudian digerakkan semula Hospital Kota Belud untuk bantuan memotong besi rim basikal itu,” katanya ketika dihubungi BH.

Beliau berkata, anggota bomba memotong besi rim basikal berkenaan menggunakan peralatan pemotong khas.

“Sebaik selesai, mangsa mendapat rawatan daripada pihak hospital. Selepas memastikan keadaan selamat, operasi ditamatkan jam 9.48 malam,” katanya.

Terdahulu, operasi berkenaan dijalankan sepasukan lapan anggota termasuk pegawai bersama sebuah jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

Loading...
Terkini