
KUCHING: Kakak kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS) hari ini.
Hairuni @ Jamilah Shukri, 70, menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.40 pagi tadi akibat keracunan darah.
Allahyarhamah adalah anak keempat daripada 11 orang beradik.
Beliau meninggalkan lima anak iaitu tiga lelaki dan dua perempuan.
Menurut anaknya, Jasmine Abdul Razak, jenazah ibunya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang, hari ini.
Allahyarhamah dikenali sebagai pengiat industri pelancongan yang aktif dengan mengusahakan inap desa di Santubong.
Selain itu, beliau adalah Timbalan Presiden Persatuan Kampungstay dan Homestay Malaysia.