Tumpuan :
Nasional

Kakak meninggal dunia di sisi jenazah ibu

 

BATU PAHAT: Perasaan sedih dan terkejut dengan berita pemergian ibu tersayang menjadi momen akhir seorang wanita apabila dia dijemput Illahi dalam tempoh kurang dua jam selepas menziarahi jenazah insan tersayang itu.

Menurut Saripah Kasni, 44, kakaknya, Saonah 58, datang ke rumahnya di Kampung Parit Lapis Maimon, Parit Sulong selepas dimaklumkan ibu mereka, Bayah Sadiran, 84, meninggal dunia pada jam 6.45 petang semalam akibat sakit tua.

“Arwah tinggal berhampiran di Kampung Parit Mustafa dan datang ke rumah saya untuk menziarahi jenazah ibu.

“Ketika tiba, saya nampak kakak tidak berapa sihat, tetapi dia gagahkan juga berjalan dan datang untuk tengok wajah ibu buat kali terakhir.

“Kakak tiba-tiba tidak bergerak dan kami cuba membantunya namun tiada tindak balas dan segera hubungi pihak hospital sebelum mereka maklumkan dia sudah tiada,” katanya ketika ditemui hari ini.

Tambah Saripah, arwah ibu memang tinggal dengannya dan Saonah pula akan datang setiap hujung minggu untuk menjenguk mereka sekeluarga.

Jenazah dua beranak itu dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Lapis Maimon, jam 10.30 pagi tadi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini