comscore
Tumpuan :
Kemalangan

Kakak maut, adik parah terbabit kemalangan 

BENTONG: Seorang wanita maut, manakala adik lelakinya pula parah selepas motosikal dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan  Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, dekat sini, semalam.

Kejadian berlaku di Kilometer 53.7, ketika mangsa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Raub, jam 5.30 petang.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, motosikal itu ditunggang mangsa wanita berusia 22 tahun dan dibonceng adik lelakinya berusia 15 tahun.

“Berdasarkan siasatan di lokasi kejadian mendapati motosikal dinaiki mereka hilang kawalan semasa melalui selekoh lalu terbabas dan melanggar penghadang jalan sebelah kiri.

“Akibat kemalangan itu, penunggang motosikal, Farah Amira Samsuri, disahkan meninggal dunia di lokasi, akibat parah di kepala.

“Pembonceng motosikal itu pula dilaporkan cedera parah dan dihantar ke Hospital Bentong untuk menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.”Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil bagi membantu siasatan.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya memandu berhati-hati serta memastikan kenderaan diselenggara dengan baik,” katanya.

Loading...
Terkini