comscore
Tumpuan :
Nasional

Kajian Waktu Bekerja Empat Hari Seminggu

PETALING JAYA : Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menegaskan bahawa cadangan waktu bekerja empat hari seminggu adalah di peringkat penelitian dan kajian sahaja.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah berkata pihaknya mengambil maklum akan pandangan CUEPACS dan pelbagai pihak berhubung cadangan waktu bekerja empat hari seminggu yang telah disiarkan melalui media baru-baru ini.

Menurut beliau, JPA sentiasa terbuka untuk mendapatkan input menyeluruh daripada pihak berkepentingan bagi mengkaji secara empirikal kebolehlaksanaan cadangan ini.

Walaupun beberapa buah negara kini sedang melaksanakan waktu bekerja empat hari seminggu secara percubaan, namun JPA berpandangan bahawa pendekatan ini hendaklah dilihat secara holistik terutamanya dari segi kesesuaian serta keberkesanan terhadap struktur perkhidmatan awam di negara ini.

JPA juga amat cakna akan kesan dan impak pelaksanaan sebarang dasar baharu terhadap sistem penyampaian perkhidmatan awam khususnya ketika Kerajaan dalam proses merancakkan semula ekonomi negara demi kesejahteraan Keluarga Malaysia.

JPA juga sentiasa mengkaji pelbagai aspek dari segi kemudahan, kemajuan kerjaya dan penambahbaikan proses kerja yang menjurus ke arah peningkatan sistem penyampaian perkhidmatan awam berpaksikan rakyat.

Loading...
Terkini