comscore
Tumpuan :
Nasional

Kaedah terkini kutip hutang dari peminjam yang culas

Foto tangkap layar video tular

JOHOR BAHRU: Pelbagai cara digunakan oleh pemungut hutang dalam usaha memungut balik hutang dari peminjam yang culas melunaskan pinjaman.

Sebelum ini pemungut hutang akan menggunakan pendekatan agak ganas seperti membuat ugutan, menyimbah cat dan membakar kereta milik peminjam sekiranya gagal melunaskan hutang pinjaman mereka.

Namun semalam viral di media sosial mengenai pendekatan terbaharu yang digunakan oleh pemungut hutang.

Sekumpulan tiga lelaki yang memakai pakaian seragam yang tertera nombor siri dipercayai syarikat yang memberi pinjaman, membawa sepanduk dan pembesar suara sebelum melantunkan suara agar peminjam melunaskan pinjaman mereka.

Mereka turut meletakkan sekeping banting yang mempunyai maklumat syarikat yang memberi pinjaman di hadapan rumah peminjam.

Sementara itu Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat ketika dihubungi mengesahkan, kejadian itu berlaku di Johor.

Katanya, pihaknya telah menerima satu laporan daripada pemilik rumah berkenaan di Kluang berhubung kejadian kacau ganggu berkenaan.

Justeru tegasnya, polis akan mengambil tindakan tegas  kerana perbuatan itu menyebabkan berlaku gangguan dan kegelisahan dalam kalangan masyarakat.

Loading...
Terkini