comscore
Tumpuan :
Nasional

Kadar Tol Lebuh Raya AKLEH, GCE, LKSA, SILK Turun Mulai 20 Oktober

SHAH ALAM: Kerajaan setuju menstruktur semula empat syarikat konsesi lebuh raya bertol kendalian PROLINTAS bagi mengurangkan kadar tol di lebuh raya berkenaan berkuat kuasa 20 Oktober ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Lebuh raya terbabit ialah Lebuhraya Bertingkat Ampang – Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning – Shah Alam (LKSA) dan Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK).

“Sebagai menandakan keprihatinan terhadap masalah rakyat yang berdepan masalah kenaikan kos sara hidup, kerajaan bersetuju dengan cadangan untuk penstrukturan semula empat syarikat konsesi lebuh raya bertol di bawah kendalian PROLINTAS dan mengurangkan kadar tol bagi lebuh raya terbabit.

“Ia akan berkuat kuasa pada jam 12.01 tengah malam 20 Oktober 2022,” katanya.

“Manakala, pengurangan kadar tol bagi Lebuh Raya LEKAS dan BESRAYA di bawah Kumpulan IJM Corporation Berhad akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2023”

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pembukaan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH), hari ini.

Loading...
Terkini