comscore
Tumpuan :
Nasional

Kadar baharu pendapatan bersih penjawat awam diumum 1 Mei

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Cadangan penambahbaikan dan usaha meningkatkan kadar pendapatan bersih penjawat awam akan diumumkan Perdana Menteri pada perhimpunan Hari Pekerja, awal bulan depan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan mengambil pendirian dan tanggungjawab berkenaan selepas mengambil kira tekanan kos sara hidup bagi penjawat awam terutamanya yang berpendapatan rendah.

“Insya-Allah, cadangan penambahbaikan termasuk usaha meningkatkan kadar pendapatan bersih penjawat awam akan saya umumkan pada perhimpunan Hari Pekerja nanti,” katanya dalam laman Facebook rasminya, hari ini.

Katanya, ia juga adalah komitmen kerajaan dalam menyelesaikan usaha menambah baik struktur gaji penjawat awam yang dilaksanakan menerusi Kajian SSPA (Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam), disebalik ekonomi negara yang mencabar kesan ketidaktentuan geopolitik dunia.

Anwar berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (JIKSPA) Bilangan 3 Tahun 2024 hari ini, bagi membincangkan secara lebih lanjut berhubung struktur gaji penjawat awam.

Beliau berkata mesyuarat hampir memuktamadkan penambahbaikan struktur gaji baharu penjawat awam, yang seterusnya akan diputuskan di dalam mesyuarat Jemaah Menteri.

“Usaha kerajaan itu diharap akan menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini