comscore
Tumpuan :
Nasional

Kad kahwin digital, taktik baru ‘scammer’ kebas duit warga emas

Oleh: Ain Shafiqah Zaki

PETALING JAYA: ‘Whatsapp’ mangsa dengan menyamar menghantar kad jemputan perkahwinan menerusi fail APK (Kit Pakej Android).

Itu taktik terbaru penipuan yang dilihat mulai tular di laman sosial sejak semalam.

Menurut Ketua Biro Teknologi Komuniti Sumber Terbuka Malaysia, Harisfazillah Jamel, golongan warga emas menjadi sasaran kerana golongan ini mempunyai wang yang banyak kerana pengeluaran EPF dan duit pencen.

“Perkara utama adalah kesedaran. Kita perlu berikan kesedaran dari segi pemahaman teknologi dan penggunaan telefon pintar kepada golongan ini.

“Penerangan ini perlu kita ajarkan kepada orang ramai terutama warga emas, jangan sesekali pasang APK (Kit Pakej Android) yang bukan daripada Google Play, App Store atau Huawei App Gallery,” katanya kepada Buletin TV3.

Beliau memahami keresahan anak-anak yang bimbang sekiranya ibubapa mereka tetap memuat turun fail APK walaupun telah diingatkan berulang kali.

Justeru, terdapat dua cara teknikal sama ada secara manual atau automatik bagi mengatasi masalah ini iaitu dengan mengimbas perisian hasad menggunakan Google Play.

1.0 Imbasan perisian hasad secara manual dengan mengikuti langkah berikut:

1. Buka Perisian Gedung Google Play.
2. Ketik ikon profil di bahagian atas sebelah kanan skrin.
3. Ketik Play Protect.
4. Ketik Imbas (scan).

Google Play akan mengimbas peranti untuk sebarang perisian berniat jahat (Malware).

Jika ada perisian berkenaan yang ditemui, Google Play akan mengalihkan keluar daripada telefon bimbit anda.

2.0 Imbasan perisian hasad secara automatik dengan mengikuti langkah berikut:

1. Buka Perisian Gedung Google Play.
2. Ketik ikon profil di bahagian atas sebelah kanan skrin.
3. Ketik Play Protect.
4. Ketik Tetapan
5. Ketik Imbas perisian dengan Play Protect. (Scan apps with Play Protect)

Loading...
Terkini