comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kabinet setuju pembekuan permohonan pekerja asing dilanjutkan

PUTRAJYA: Mesyuarat kabinet hari ini bersetuju agar pembekuan permohonan kuota pekerja asing yang ditetapkan Mac tahun lalu dilanjutkan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata tidak ada keperluan menarik balik pembekuan itu kerana jumlah yang telah diluluskan sudah mencukupi.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

“Kerana jumlah kuota yang telah diluluskan ditambah dengan program rekalibrasi yang didaftar, apabila kita proses yang ini kita mampu memenuhi keperluan tenaga kerja pekerja asing.”

“Jadi, polisi untuk membekukan permohonan kuota kita teruskan,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Pekerja asing di sebuah tapak pembinaan di Kuala Lumpur. – FOTO: NSTP

Beliau berkata kabinet juga bersetuju untuk mewujudkan One Stop Centre (pusat sehenti) bagi pekerja asing.

Jelasnya, kementeriannya juga dipersetujui kabinet untuk mengelolakan pusat sehenti berkenaan.

Katanya, kabinet turut memperakui tempoh memproses kemasukan pekerja asing dipercepatkan sehingga 46 peratus.

“Kalau nanti polisi di masa hadapan, kuota dibuka semula, kita (kerajaan) sudah ada langkah untuk mempercepatkan proses permohonan.”

“(Sebelum ini) dari 29 bulan 13 hari kepada 15 bulan 7 hari iaitu pengurangan yang signifikan dari segi proses permohonan kuota sehingga ke proses kemasukan, pengurangan sehingga 46%,” katanya.

Selain itu katanya, jemaah menteri juga memperakui untuk pelaksanaan Program Repratiasi Migran yang akan bermula 1 Mac depan.

Program berkenaan diadakan bagi menghantar pulang pekerja warga asing dalam negara yang dikategorikan sebagai tidak memenuhi tenaga kerja.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini