comscore
Tumpuan :
Nasional

Kabinet muktamad isu beras, Mohamad umum dalam masa terdekat – Fahmi

Oleh: Wan Zairul Azri Wan Mohammad Sudin

PUTRAJAYA: Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini sudah memutuskan beberapa keputusan berhubung isu bekalan dan harga beras.

Bagaimanapun, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, keputusan berkenaan akan diumumkan sendiri oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dalam tempoh terdekat.

“Berhubung isu beras, tadi Jemaah Menteri ada membincangkannya dan saya difahamkan Menteri Pertanian (dan Keterjaminan Makanan) akan mengadakan sidang media.

“Beliau akan memberi makluman penuh mengenai beberapa keputusan yang sudah dibuat. Jadi saya percaya beliau akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Fahmi berkata demikian ketika ditanya sama ada mesyuarat Kabinet yang dipengerusi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, ada membincangkan mengenai isu beras.

Semalam, Mohamad dilaporkan berkata, semua isu berbangkit berkaitan bekalan beras akan dibawa untuk dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet bagi mencari langkah menangani isu berkenaan.

Malah, beliau sebelum ini berkata, akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertanian dan Kebajikan Petani India untuk menyatakan hasrat memastikan negara itu terus mengeksport beras putih kepada Malaysia.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini