KUALA LUMPUR: Sebuah kabel elektrik di pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Jalan Sabit, Kampung Dato Keramat, di sini, meletup dan terbakar selepas dipercayai terkena air ketika usaha pembaikan di kawasan pencawang tersebut sedang dijalankan.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Hamdan Ali berkata bomba menerima panggilan berkaitan kejadian itu pada jam 8.52 malam dan tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian.
Sebuah kabel elektrik di pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Jalan Sabit, Kampung Dato Keramat, di sini, meletup dan terbakar.
Sumber: Orang Awam pic.twitter.com/c3jZ7z6Y2b
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) July 5, 2023
Beliau berkata setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian mendapati berlaku kebakaran melibatkan kabel elektrik TNB yang terkena air menyebabkan percikan api susulan kerja-kerja pembaikan oleh pihak TNB.
“Kabel elektrik TNB berkenaan sedang dibaiki oleh pihak TNB,” katanya.
Berdasarkan visual tular yang diambil orang awam, kebakaran agak besar dan turut diselangi beberapa siri letupan.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
BERNAMA.