comscore
Tumpuan :
Nasional

Junaida hilang sejak Jumaat, hanya kenderaan ditemui

Junaida Abdul Rahim, berumur 42 tahun yang dipercayai hilang dan tidak dapat dihubungi sehingga kini. Foto Ihsan Polis

SHAH ALAM: Polis menerima tiga laporan berhubung kes kehilangan seorang wanita yang tidak pulang dan gagal dihubungi selepas keluar ke tempat kerja Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata laporan kes orang hilang (OH) dibuat kakak mangsa pada awal pagi, 18 November lalu.

Menurutnya, polis juga menerima laporan daripada rakan sekerja dan rakan serumah berhubung kehilangan mangsa.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa keluar rumah pada 15 November lalu jam kira-kira jam 11 pagi dari kediamannya (rumah sewa) di Seksyen 17.

“Siasatan mendapati, mangsa keluar bekerja menaiki Mitshubisi Triton, tetapi kenderaan itu sudah dijumpai di Jalan Ampang.

“Mangsa ke tempat kerja tetapi tiada. Sehingga kini mangsa masih belum pulang ke rumah dan tidak dapat dihubungi.

“Siasatan mendapati, tiada berlaku perselisihan faham antara OH dengan rakan serumah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Iqbal berkata, siasatan lanjut mendapati OH bernama Junaida Abdul Rahim, berumur 42 tahun dan belum berkahwin.

“Siasatan mendapati, OH adalah pemilik sebuah agensi takaful di Subang Jaya.

“Ciri-ciri fizikal OH adalah berkulit kuning langsat, ketinggian 160 sentimeter, 54 kilogram berat dan bertudung.

“Siasatan diklasifikasikan di bawah Orang Hilang (OH). Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Shahrul Bakhri di talian 012-3630512,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini