comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] ‘Jumpa lagi ya abang. Tunggu mommy tau abang’ – Ibu Zayn Rayyan

PETALING JAYA: Kesedihan Ismanira Abdul Manaf, 28, atas kehilangan anaknya Zayn Rayyan Abdul Matiin tidak dapat dibendung.

Kerinduan terhadap permata hatinya diluahkan menerusi sekeping gambar  di Instagram (IG) dengan pesanan buat ‘anak syurga’ itu supaya menunggunya di sana.

“Jumpa lagi ya abang. tunggu mommy tau abang. Mommy rindu sangat nak peluk cium dan gomol abang. Abang tetap anak sulung mommy sampai bila-bila tiada ganti.

“Maafkan mommy jika banyak kekurangan sepanjang membesarkan abang.”

Kanak-kanak berusia enam tahun itu ditemukan meninggal dunia, di saliran air kira-kira 200 meter dari kawasan perumahannya di Apartment Idaman, Damansara Damai, di sini, kira-kira jam 10 malam, Rabu lalu, selepas dilaporkan hilang lebih 30 jam.

Mangsa kemudian disahkan dibunuh dan siasatan kini giat dilakukan polis untuk mengesan suspek.

Ismanira turut meminta maaf kepada semua kerana tidak sempat membalas pesanan di WhatsApp atau panggilan telefon buat masa ini.

“Telefon saya dan suami masih lagi pihak polis pegang untuk membantu siasatan.

“Mohon maaf ya. Bukan saya ignore (tidak peduli), Instagram ini saya log in guna phone lain. Pinjam phone orang,” katanya.

Ismanira juga mengucapkan terima kasih kepada semua mendoakannya.

“Saya mohon semua doakan saya diberikan kekuatan. Saya masih lagi tak stabil emosi.

“Ini ujian paling berat dalam hidup Ya Allah tabahkanlah aku,” katanya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini