KUALA LUMPUR: Seekor anak buaya ditemui Sungai Gombak berdekatan Kampung Bandar Dalam, Jalan Gombak, di sini, semalam.
Pegawai Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur Leftenan (PA) Shahrul Kamar Mohd Johari berkata, APM Kuala Lumpur menerima laporan berkaitan kes itu pada jam 12.25 tengah hari.
“Sepasukan penyelamat dikejarkan ke lokasi.
“Anggota penyelamat berjaya menangkap buaya itu dan dihantar kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan),” katanya dalam kenyataan hari ini.