comscore
Tumpuan :
Nasional

Mangsa banjir cecah lebih 700 orang di tiga negeri 

FOTO: NSTP

ALOR SETAR: Jumlah keseluruhan mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara, PPS di Kedah, Perlis dan Sabah mencecah lebih 700 orang, setakat jam 1 tengah hari ini.

Menurut portal JKM Bencana, jumlah mangsa di Kedah terus bertambah kepada 592 orang daripada 176 keluarga.

FOTO: NSTP

Enam PPS dibuka iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Changlun, Dewan Serbaguna Kg. Tradisi Lembah Keriang, Sekolah Kebangsaan Malau di Kubang Pasu selain Dewan Taman Seri Bagan Tandop, Sekolah Kebangsaan Taman Aman di Kota Setar serta Sekolah Kebangsaan Bukit Hijau, Mukim Derang di Pokok Sena.

Sementara itu di Perlis, jumlah mangsa banjir di Arau adalah 35 orang daripada 10 keluarga yang kini berlindung di Sekolah Kebangsaan Arau.

FOTO: NSTP

Di sabah, jumlah mangsa banjir dari lima kampung di Beaufort masih sama iaitu 133 orang daripada 46 keluarga.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah dalam kenyataan memaklumkan semua mangsa banjir ditempatkan di PPS Dewan Selagon yang dibuka sejak Ahad lalu, susulan banjir berikutan hujan lebat masih berterusan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini