KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di lima negeri meningkat kepada 59,017 orang setakat 6.26 petang ini dengan Kelantan merekodkan angka tertinggi iaitu 48,159 orang.
Mengikut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), selain Kelantan, empat negeri lain yang terjejas adalah Kedah, Perak, Perlis dan Terengganu.
Daripada data sama, secara keseluruhan seramai 18,011 keluarga di enam negeri terbabit ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).
Negeri kedua yang merekodkan jumlah mangsa banjir tertinggi setakat ini adalah Terengganu, iaitu 9,351 orang. Semua mereka ditempatkan di 208 PPSdengan tujuh daerah dilaporkan terjejas ketika ini.
Selain itu, di Kedah, seramai 1,177 mangsa banjir dilaporkan setakat ini, Perlis merekodkan seramai 310 mangsa dan Perak (20 orang).
Mengikut infografik kapasiti PPS di seluruh negara, penggunaannya kini mencecah 39 peratus.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.