Tumpuan :
Nasional

Jumlah mangsa banjir kekal 47 orang, 2 PPS dibuka

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir kekal kepada 47 orang setakat 6 pagi, Ahad.

Menurut Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri yang masih terjejas.

Johor mencatat sejumlah 36 mangsa daripada satu keluarga dan ditempatkan di satu PPS di daerah Segamat.

Manakala, satu PPS dibuka di Pahang di Maran yang menempatkan 11 mangsa daripada empat keluarga.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini