Oleh Baharom Bakar
KUALA TERENGGANU: Jumlah mangsa banjir merekodkan sedikit penurunan apabila hanya 39,108 mangsa daripada 10,735 keluarga, masih menetap di 315 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di seluruh negeri petang ini.
Sehingga jam 4 petang ini, seramai 10,042 mangsa daripada 2,597 keluarga masih berada di 31 PPS di Kemaman, manakala 9,378 daripada 2,488 keluarga di 96 PPS di Besut.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negerimemaklumkan, jumlah masih banjir di daerah Dungun adalah seramai 2,913 daripada 831 keluarga di 36 PPS, dan seramai 6,652 daripada 2,133 keluarga di 58 PPS di Hulu Terengganu.
Seramai 1,403 mangsa daripada 346 keluarga di 12 PPS daerah Marang dan seramai 4,748 daripada 1,339 keluarga di 60 PPS di daerah Setiu.
Jumlah mangsa banjir di 11 PPS daerah Kuala Nerus adalah seramai 1,720 mangsa daripada 407 keluarga, manakala seramai 2,252 daripada 594 keluarga masihtinggal di 11 PPS di daerah Kuala Terengganu.