comscore
Tumpuan :
Nasional

Jumlah mangsa banjir di seluruh negara menurun

 

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Seramai 4,153 mangsa bencana banjir dan tanah runtuh dilaporkan di seluruh negara, setakat jam 4.20 pagi tadi.

Jumlah itu menurun berbanding pagi tadi yang merekodkan 4,423 mangsa.

Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan kesemua mangsa berkenaan kini berlindung di 34 pusat pemindahan sementara (PPS).

Jumlah mangsa paling tinggi dilaporkan di Temerloh, Pahang dengan 1,167 mangsa diikuti di Kuala Kangsar, Perak (808), Kota Setar (614), Pendang (330), Hilir Perak (167) dan seramai 105 orang di Betong, Sarawak.

Selain itu 87 mangsa dilaporkan di Muallim, Perak diikuti Kerian (75), Baling (55), masing-masing 33 orang di Hulu Langat dan Hulu Selangor sementara 31 mangsa di Jasin.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini