Tumpuan :
Nasional

Jumlah mangsa banjir di seluruh negara berkurangan kepada 66,215 orang

Penduduk Taman Tabung Haji membersihkan rumah selepas hampir 1 minggu rumah mereka di tenggelami banjir di Taman Tabung Haji, Alor Setar. Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa di beberapa negeri yang dilanda banjir terus menurun kepada 66,215 orang setakat 11.30 malam ini berbanding 72,620 orang pada petang tadi.

Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir di enam jajahan terus mencatatkan penurunan kepada 43,753 orang di 96 pusat pemindahan sementara (PPS) membabitkan 14,003 keluarga pada malam ini.

Situasi banjir di TERENGGANU juga semakin baik apabila jumlah mangsa di tujuh daerah menurun kepada 14,557 orang di 63 PPS.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT) memaklumkan daerah Kuala Nerus mencatat jumlah mangsa paling tinggi, iaitu sebanyak 5,760 orang, manakala di daerah Dungun mencatatkan 4,757 mangsa yang masih berada di 20 PPS.



Diikuti di daerah Kuala Terengganu pula 3,213 mangsa, Hulu Terengganu (480), Marang (186), Setiu (168) dan Kemaman (2).

Di PAHANG, semakan menerusi aplikasi InfoBencana JKM mendapati sebanyak 50 mangsa membabitkan 10 keluarga di daerah Temerloh dan Bera ditempatkan di empat PPS setakat 11.30 malam ini.

Di PERAK, jumlah mangsa banjir adalah 442 orang, di KEDAH 6,159 mangsa masih berlindung di 32 PPS yang dibuka di empat daerah.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

 
 
Loading...
Terkini