Tumpuan :
Nasional

Jumlah mangsa banjir di Sarawak semakin menurun

Bantuan terus diberikan kepada mangsa banjir di Sarawak.

KUCHING: Jumlah mangsa banjir di Sarawak semakin menurun, hari ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, sehingga jam 5 petang ini, sebanyak 26 PPS masih aktif manakala 58 sudah ditutup.

Menurutnya, 26 PPS itu menempatkan seramai 4,520 orang daripada 1,356 keluarga.

Daripada 26 PPS yang masih aktif, Miri mencatat jumlah tertinggi iaitu 8, Bintulu (5), Sibu (6), Samarahan (2), Mukah (4) dan Sarikei (1).

Bintulu pula mencatat jumlah mangsa tertinggi dengan seramai 1,593, Miri (1,129), Sibu (1,157), Samarahan (106), Mukah (522) manakala Sarikei (13).

Bantuan terus diberikan kepada mangsa banjir di Sarawak.

Difahamkan peningkatan jumlah mangsa yang berlindung di PPS dilaporkan berlaku di Sibu dan Mukah berikutan limpahan air Sungai Rajang dan Sungai Oya.

Sementara itu, satu PPS masih dibuka bagi menempatkan mangsa tanah runtuh di Miri.

Sehingga jam 5 petang ini, seramai 148 mangsa tanah runtuh daripada 37 keluarga masih berlindung di PPS berkenaan.

Secara keseluruhannya, seramai 4,668 mangsa banjir dan tanah runtuh membabitkan 1,393 keluarga masih berada di PPS hingga kini.

Kejadian tanah runtuh selepas hujan berlarutan semalam turut menjejaskan saluran paip gas di Tanjung Kidurong, hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini