Tumpuan :
Nasional

Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat 11,000

Foto Ihsan JBPM

KUCHING: Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus meningkat dengan seramai 10,787 orang daripada 3,039 keluarga mendapat perlindungan di 58 pusat pemindahan sementara (PPS).

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, tiga lagi PPS menempatkan 169 mangsa tanah runtuh di Miri dan Tatau manakala satu PPS menempatkan 37 mangsa kebakaran rumah panjang di Kanowit.

Berikutan peningkatan jumlah mangsa itu juga, jumlah PPS yang aktif di seluruh Sarawak kini meningkat sebanyak 62 dan menempatkan mangsa seramai
10,993 orang daripada 3,087 keluarga.

Daripada 58 PPS mangsa banjir, Serian masih mencatat jumlah tertinggi dengan 19 PPS, Bintulu (9), Kuching (4), Samarahan (12) dan Miri (9) dan Sibu (5).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini