RAUB: Jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada seramai 1,092 dan ditempatkan di 20 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Raub pada jam 8.00 malam ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Raub melaporkan 1,092 mangsa daripada 375 keluarga ditempatkan di PPS berbanding yang dicatatkan pada jam 12.00 tengah hari ini seramai 685 orang mangsa.
“PPS Balai Raya Kampung (Kg) Ulu Jelu menempatkan 26 keluarga dan 87 mangsa; Kampung Pamas Rawas sebanyak 10 keluarga dengan 32 mangsa; PPS Balai Raya Kampung Bukit Pampong (20 keluarga / 26 mangsa); PPS Pintu Padang (45 / 166) dan PPS Dewan Lechar (34 / 111).
“Manakala, PPS Kampung Tok Machang (29 / 98) dan PPS Balai Raya Kg Peruas turut dibuka dengan menempatkan 14 keluarga dan 62 mangsa; PPS Kampung Pamah Kulat (18 keluarga / 67 mangsa); PPS Kampung Kuala Keloi (5 keluarga / 16 mangsa); PPS KEMAS Gali Tengah (49 / 113) dan PPS Dewan Gali Hilir (5 keluarga / 5 mangsa),” katanya.
Jelasnya, turut terbabit untuk pembukaan dan penempatan PPS ialah di PPS Dewan Dato Seriwa Pasir Bayam sebanyak 14 keluarga dengan 44 mangsa; PPS Sekolah Kebangsaan Muhammad Jabar sebanyak 40 keluarga dengan 45 mangsa, PPS Kampung Durian Sebatang (17/43); PPS Kampung Pia 35 keluarga/126 mangsa; PPS Masjid Kuala Temau 6 keluarga/ 20 mangsa; PPS Kampung Ajai sebanyak 8 keluarga dengan 31 mangsa sementara Masjid Kampung Pampong, PPS Dong dan PPS Dewan Ulu Gali belum mengemas kini bilangan mangsa.
Manakala Sungai Lipis @ Batu Malim, Sungai Dong @ Pasir Bayam, Sungai Gali @ Ulu Gali dan Sungai Dong @ Kampung Peruas di daerah ini menunjukkan trend menurun.
Setakat pada jam 8.00 malam tidak berlaku hujan direkodkan di seluruh kawasan pendalaman.