KOTA KINABALU: Setakat jam 5 petang, seramai 5,162 orang masih berada di 34 pusat pemindahan membabitkan 1,789 ketua isi rumah (KIR).
Statistik terbabit menunjukkan penurunan berbanding 5,617 orang daripada 1,899 KIR pagi tadi.
Keadaan itu diperjelaskan menerusi penutupan lapan pusat pemindahan sementara (PPS) membabitkan lima daerah.
Semua PPS ditutup membabitkan tiga di Telupid, Beluran (dua) serta satu PPS daerah Paitan, Sandakan dan Kota Belud.
Penutupan lapan PPS itu sekali gus memperlihatkan penurunan keseluruhan mangsa banjir di Sabah, petang ini.
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah dalam kenyataan menyebut, Kota Marudu kekal mangsa tertinggi, 2,944 membabitkan 1,095 KIR di 10 PPS.
Dalam perkembangan berkaitan, jumlah mangsa banjir di Sarawak seramai 10,787 orang daripada 3,039 keluarga di 58 PPS.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.