comscore
Tumpuan :
Nasional

Jumlah mangsa banjir di Perak, Selangor berkurang, Kedah kekal

 

Hiasan. Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Perak dan Selangor mencatat penurunan kepada 573 mangsa malam tadi, berbanding 713 orang pada sebelah petang.

  • PERAK: Portal Bencana Pusat Kawalan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan jumlah mangsa yang berlindung di enam pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah ialah 421 orang daripada 122 keluarga berbanding 553 pada sebelah petang.

  • SELANGOR: Sejumlah 152 orang daripada 57 keluarga masih berada di empat PPS dalam dua daerah berbanding 160 petang semalam.

  • KEDAH: Jumlah mangsa banjir kekal 109 mangsa daripada 30 keluarga yang masih berlindung di satu PPS.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini