comscore
Tumpuan :
Nasional

Jumlah mangsa banjir di Perak naik, 245 berada di PPS pagi ini

Anggota APM dan bomba membantu memindahkan mangsa banjir di Changkat Jong. Foto Ihsan APM

TELUK INTAN: Mangsa banjir di Perak terus mencatatkan peningkatan dengan 245 orang daripada 77 keluarga dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara (PPS), pagi ini.

Ia berbanding 150 orang (48 keluarga) petang semalam.

Laporan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Perak setakat 8 pagi menunjukkan, dua PPS baru dibuka semalam iaitu PPS Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) Langkap di Hilir Perak dan PPS Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak di Kerian.

PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak, di sini yang dibuka kelmarin, masih aktif.

“Bagi daerah Hilir Perak, 185 mangsa daripada 59 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak, membabitkan penduduk Lorong Kedah; Lorong Belakang Klinik; Batu 9 Simpang Tiga; Batu 7; Batu 9; Batu 10; dan Lorong Sidang Osman.

“Seramai 41 mangsa (15 keluarga) yang terjejas dari Kampung Kilang Kacang dan Kampung Batu 9 Changkat Jong dan ditempatkan di PPS Dewan MPTI Langkap,” katanya.

Menurutnya, Kerian menjadi daerah baharu di Perak merekodkan pemindahan 19 mangsa (tiga keluarga).

Loading...
Terkini