Tumpuan :
Nasional

Jumlah mangsa banjir di Kota Tinggi terus meningkat

Keadaan banjir di Kota Tinggi.

JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di Kota Tinggi terus meningkat dan setakat 8 pagi ini, seramai 372 mangsa daripada 106 keluarga ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di daerah itu sejak semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, jumlah itu meningkat berbanding 178 orang mangsa terdiri daripada 54 keluarga pada tengah hari semalam.

Beliau berkata, Dewan Muafakat Taman Desaru yang dibuka 10.30 pagi semalam menempatkan seramai 172 mangsa daripada 49 keluarga.

“Manakala, PPS di Dewan Kampung Baru Sungai Mas yang juga dibuka 10.30 pagi semalam menempatkan 40 mangsa daripada tujuh keluarga.

“PPS SK Bandar Penawar pula dibuka 11.40 pagi semalam dan kini menempatkan 160 orang daripada 50 keluarga,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Sementara itu, Sungai Kahang yang juga sub lembangan Sungai Endau di Kluang sudah merekodkan bacaan melepasi paras bahaya iaitu 14.57 meter, manakala Sungai Lenik sub lembangan Sungai Batu Pahat di Batu Pahat mencatat bacaan 5.75 meter dan melepas paras amaran.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini