KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan menurun kepada 16,788 orang sehingga 9 pagi ini berbanding 17,397 orang, malam tadi.
Kesemua jumlah berkenaan membabitkan 5,631 keluarga yang ditempatkan di 48 PPS di lima daerah iaitu di Pasir Mas, Tumpat, Bachok, Pasir Puteh dan Tanah Merah.
Laman web, https://publicinfobanjir.water.gov.my merekodkan, jumlah mangsa banjir di Pasir Mas paling tinggi iaitu seramai 11,658 orang di 23 PPS
Selain itu, mangsa banjir juga ditempatkan di Tumpat dengan jumlah 3,886 orang di 13 PPS, Pasir Puteh seramai 588 orang di enam PPS, Bachok dengan jumlah 552 orang di lima PPS dan Tanah Merah dengan jumlah 104 ditempatkan di satu PPS.