comscore
Tumpuan :
Nasional

Jumlah mangsa banjir di Kelantan catat penurunan

Antara kawasan ditenggelami banjir di Kelantan.- Foto fail NSTP

KOTA BHARU: Setakat jam 8 pagi tadi, jumlah mangsa banjir di Kelantan terus menurun kepada 19,531 orang berbanding 20,969 orang pada malam tadi berikutan keadaan cuaca yang baik sejak tiga hari lalu.

Kesemua mangsa banjir daripada 6,454 keluarga itu berlindung di 52 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah, iaitu Pasir Mas, Tanah Merah, Kuala Krai dan Tumpat.

Menurut portal Info Bencana Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pasir Mas merekodkan seramai 15,529 mangsa banjir yang ditempatkan di 30 PPS.

Di Tumpat, seramai 3,231 mangsa banjir berada di 10 PPS, manakala Kuala Krai 606 orang di 10 PPS dan Tanah Merah pula 165 orang di dua PPS.

Sementara itu berdasarkan maklumat dalam laman web Public Infobanjir, paras air sungai utama juga menunjukkan trend menurun dengan dua sungai masih melepasi paras bahaya, empat sungai melepasi paras amaran dan lima sungai melepasi paras waspada.

Dua sungai yang mencatat bacaan paras air melepasi tahap bahaya ialah Sungai Golok di Rantau Panjang dengan 10.08 meter (m) dan Sungai Pergau di Jeli (103.75m).

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini