KUALA LUMPUR: Situasi banjir di empat negeri beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun kepada 3,961 orang daripada 919 keluarga di 19 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 7 malam tadi.
Laman sesawang Infobencana JKM memaklumkan, di Terengganu, banjir beransur pulih dan jumlah mangsa berkurangan kepada 3,767 orang daripada 865 keluarga yang berlindung di 12 PPS, berbanding 5,853 orang pagi tadi.
Di Johor, seramai 139 mangsa daripada 38 keluarga masih berada di tiga PPS manakala di Perak mangsa banjir terbabit ialah 34 orang daripada 11 keluarga di dua PPS.
Keadaan banjir di Pahang juga makin pulih apabila hanya terdapat 21 mangsa daripada lima keluarga di dua PPS.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.