comscore
Tumpuan :
Nasional

Jumlah kes jenayah komersial turun 8%, nilai kerugian meningkat – Pengarah JSJK

Pengarah JSJK, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf

Oleh: Fahmi Tajuddin

KUALA LUMPUR: Jumlah kes jenayah komersial setakat 1 September menunjukkan trend penurunan berbanding tempoh sama, tahun sebelumnya.

Bagaimanapun, nilai kerugian keseluruhan meningkat kepada RM1.68 bilion.

Dilaporkan sebanyak 20,162 kes jenayah komersial telah direkodkan dengan jumlah kerugian keseluruhan mencecah Ini bersamaan dengan 82 kes sehari dan kerugian harian sebanyak RM6.87 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata berbanding tempoh sama tahun 2023, jumlah kes yang direkodkan menurun sebanyak lapan peratus daripada 21,904 kes.

Namun nilai kerugian menunjukkan peningkatan sebanyak 29 peratus, lebih tinggi daripada RM1.3 bilion yang direkodkan pada tahun lalu.

“Dari segi pertuduhan, sebanyak 47 peratus atau 9,572 kertas siasatan telah dibawa ke mahkamah sepanjang tahun 2024.

“Peratusan ini menunjukkan peningkatan berbanding 44 peratus pada tahun 2023, yang melibatkan 9,530 kertas siasatan,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat JSJK di sini, hari ini.

Dalam pada itu,beliau turut menyeru masyarakat untuk sentiasa berwaspada dan turut serta dalam menyebarkan mesej pencegahan jenayah komersial.

Katanya, usaha bersama ini penting bagi mewujudkan persekitaran yang selamat dan bebas daripada ancaman jenayah terutama berkait jenayah komersial.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini