comscore
Tumpuan :
Nasional

Jubli Intan PSSCM martabat silat sebagai ilmu akademik

SEREMBAN: Menuju usia 60 tahun, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) telah melancarkan logo Sambutan Jubli Intan 60 Tahun PSSCM dengan tema Sambutan Jubli Intan 60 Tahun PSSCM adalah “Silat Tonggak Jati Diri Bangsa’.

Sempena itu juga (PSSCM) telah mengadakan program Sambutan 59 Tahun dan Pelancaran Jubli Intan 60 Tahun PSSCM pada  Sabtu  bertempat di Dewan Datuk Haji Maideen, Seremban,.

Program sambutan ini telah diisi dengan dua lagi aktiviti utama, Sambutan Hari Tenaga Pengajar 2024 dan Mesyuarat Agung Perwakilan Kali ke 52.

Ini merupakan manifestasi PSSCM sepanjang 60 tahun dalam melahirkan jati diri penuntut-penuntutnya melalui pencapaian dan pengiktirafan yang telah diterima.

Majlis Istiadat Konvokesyen kali ke 38 PSSCM telah diadakan pada sebelah pagi Sabtu lalu  melibatkan 68 graduan Sijil Menengah Akademik dan 384 graduan Sijil Rendah Persilatan.

Turut hadir,  Prof. Madya Ts. Dr. Shamsul Arrieya  Ariffi, Timbalan Pengarah Institut Peradaban Melayu yang mewakili Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris, (UPSI), Muhammad Afiq  Anuar, Atase Pendidikan, Education Malaysia Australia, Norjan Ismail, Setiausaha Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) Negeri Sembilan.

Dalam ucapan perasmian oleh Datuk Maideen Kadir Shah, Guru Utama dan Presiden PSSCM, beliau menyatakan ilmu Silat Cekak yang dizahirkan sejak tahun 1965 telah berjaya membentuk keperibadian dan potensi penuntutnya seterusnya menyumbang kepada pembangunan perpaduan dan kesejahteraan negara.

Ini merupakan Istiadat Konvokesyen PSSCM kali ke 38 di mana kali pertama diadakan adalah pada 1975 (ketika itu dikenali Majlis Penyampaian Sijil dan Pingat Silat Cekak) bertempat di Dewan Datuk Sulaiman, Kg Baru Kuala Lumpur.

Ianya kemudian dinaiktaraf kepada Istiadat Konvokesyen Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) pada tahun 2005 sempena Sambutan Perayaan 40 Tahun PSSCM di Ipoh, Perak.

Ini adalah selaras dengan penerimaan institusi pengajian tinggi (IPT) terhadap ilmu Seni Silat Cekak Malaysia.

Sehingga hari ini lebih 12,000 graduan Sijil Rendah Persilatan dilahirkan.

Manakala Sijil Menengah Akademik yang meliputi penilaian praktikal dan pembentangan akademik telah melahirkan 377 graduan sejak diperkenalkan pada tahun 2016.

PSSCM telah merancang beberapa rancangan bagi mengisi Sambutan Perayaan Jubli Intan 60 Tahun yang secara rasmi bermula pada 20hb Julai 2024 dan akan berakhir pada 28 Disember 2025.

Antara aktiviti yang akan diadakan pada tahun ini adalah Kejohanan Wajadiri IPT / Jemputan Kebangsaan dan Simposium Silat Cekak Silat Akademik.

Kemuncak sambutan perayaan ini akan diadakan di  Kedah bersempena dengan Tahun Melawat Kedah 2025.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini