Tumpuan :
Nasional

Jubli Emas 50 Tahun Stadium Darul Makmur

Oleh: Fazli Ahmad

KUANTAN: Stadium Darul Makmur sinonim sebagai gelanggang skuad bola sepak Pahang, kini berusia 50 tahun.

Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Stadium Darul Makmur akan disempurnakan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Sabtu ini.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Pahang, Fadzli Mohamad Kamal, berkata sebagai salah satu mercu tanda Bandaraya Kuantan pelbagai usaha menaik taraf Stadium Darul Makmur dilaksanakan.

Menurutnya, fasa pertama menaik taraf stadium itu sudah dilakukan sejak tahun lalu membabitkan peruntukan RM1.4 juta ringgit .

“Fasa pertama membabitkan membaik pulih persekitaran stadium, menyediakan kemudahan asas seperti surau dan tanda serta cat baharu di bahagian luar stadium,”

“Kini balapan stadium ini dibuka kepada orang ramai untuk beriadah setiap Isnin hingga Jumaat antara jam empat dan tujuh petang secara percuma dalam usaha mempromosi gaya hidup sihat,”

“Sambutan baik daripada orang ramai datang menggunakan balapan itu malah Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam turut berkenan bersenam di Stadium Darul Makmur.”katanya pada sidang media di sini hari ini.

Menurut Fadzli, sempena sambutan Jubli Emas 50 Tahun Stadium Darul Makmur pelbagai acara menarik diadakan termasuk persembahan artis terkenal dan cabutan bertuah menawarkan hadiah sebuah kereta Perodua Myvi serta tiga motosikal.

Stadium Darul Maklmur dirasmikan Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah pada 30 September 1973.

Loading...
Terkini