comscore
Tumpuan :
Nasional

Jualan EV Dijangka Meningkat Kepada 2,000 Unit Tahun Ini

Foto: Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT)

Oleh Afrina Romzi

KUALA LUMPUR: Jualan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia dijangka melonjak, mencatat lebih 2,000 unit hujung tahun ini.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, ini kerana kenderaan EV di Malaysia telah meningkat kepada 1,033 unit setakat Julai 2022, berbanding 388 pada 2021.

“Mengikut sasaran awal pelan tindakan, kita mensasarkan tahun ini kita ada 5,000 stesen pengecasan dalam negara, sekarang ini masih tidak cukup, kurang daripada 1,000 dan penumpuan masih lagi di kawasan bandar-bandar utama seperti yang disebut DHL akan menumpukan van elektrik mereka di ibu kota dan juga di Johor dan Pulau Pinang,” katanya.

Tambah beliau, untuk itu, kerajaan menerusi penglibatan pihak berkepentingan merancang untuk menambah lebih banyak stesen pengecasan di kawasan selain Lembah Klang bagi menepati permintaan semasa.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan enam van penghantaran elektrik DHL Express Malaysia.

Van baharu ini akan ditugaskan di Kuala Lumpur dan Selangor bermula bulan depan dan akan menambah 55 van menjelang 2023 bagi meliputi seluruh negara.

Loading...
Terkini